Saturday, October 7, 2017

Bermula Semula


.....

Bermulalah sebuah kehidupan
Dalamnya ada ruang dan jalan
Berbagai cerita dan teladan
Kritikan dan tohmahan
Sanjung dan pujian


Pergerakan dan kelakuan sentiasa diperhati
akan dinilai setiap inci
mencari kesilapan kanan dan kiri
buat bahan tawa dan komedi.

....


03:25

Friday, January 18, 2013

Muka Pendam


aku tak perlu takut makhluk seperti kau
kau seperti aku juga
barangkali saiz dan berat kita tak sama
itu dari fizikal
dari sudut hati dan akal
aku tak tau
aku tak tau apa yang kau pendam
apa yang kau rasa

mimik muka kau bagi aku persoalan
berapa dekad kau rasa ingin sebegitu?
aku tak berapa nak kisah
sebab kau hanya pendam tapi muka kau kadangkala rasa nak tunjal
kau makhluk tuhan
aku tunjal apa aku dapat
kau dicipta oleh tuhan bukan untuk aku menunjal

ok, aku cakap aku tak takut sebab kau makhluk seperti aku.
tapi bro
aku sebenarnya takut kau mengeksploitasikan cerita yang kau pendam
kepada manusia sejagat
kenapa kau tak berterus terang
kenapa?
kenapa perlu kau menyelinap dan menyusup masuk sebegitu?
kenapa?
aku tahu, kau tak akan jawab. tak perlu sebenarnya.
sebab aku tau kau memang pendam
sampai aku boleh meniru aksi muka kau tahu.
kau tahu tak? kau tahu tak sebenarnya ni??


aku tahu
jauhh dari sudut hati kau, bro
kau sebenarya takut
aku nampak, tau kenapa?
biasalah, manusia.
bukan aku nak kata aku profesor ke apa
.....
aku nampak dari perbuatan amali kau
kau cuba memberontak
tapi kau tak sampai hati
barangkali sebab umur kau lebih tua dari aku
kau segan buat sedemikian rupa
sabar bro, itu cuma firasat aku saja.

aku pinta
pada mu
wahai bro
aku harap aku sempat tahu apa yang kau pendam sebelum aku dan kau dibangkitkan semula
kerana aku dah muak dengan jalan cerita dunia
hadap benda yang sama

Soal Jawab


Bertanya kepada neraka jahanam
.
.
.
Adakah engkau sudah penuh??.
.
.
.
.
Jawapan dia...
.
.
Ada lagi sebarang pertambahan?

Mimpi semalam.

Sunday, February 12, 2012

Ini Malam Aku Sepi

Ini Malam Aku Sepi


biarkan malam ini terus sunyi
berseorangan dalam ruang infiniti sendiri
jangan cuba menyalak memanggil aku kembali
bersama kolumni yang gemar menuding jari
bukan aku menyombong diri
aku letih untuk seketika ini
bukan kerana aku mengalah atau sudah mati
cuma aku perlukan masa ini
yakni malam ini untuk aku berhenti sebentar menikmati titis-titis hujan sang Murabbi

malam ini aku sepi
sendiri
kosong dalam ruang dimensi
tiada rasa tiada graviti
hanya terapung bersama imaginasi
menyemat kembali memori
yang telah lama menyepi
lari dari realiti fantasi

saat ini aku berdigniti
dalam ruang jirim gelap sendiri
berputar laju bersama orbit mengelilingi galaksi

ruang ini sudah lama ku miliki
sejak aku diizinkan hadir atas muka bumi ini
ruang ini terlalu banyak mengajar erti
mengenal empunya jusuk tubuh ini
walau aku belum lagi mengerti
aku bersumpah akan terus menggali
mencari identiti sendiri.


ketam
11:50 pm

Tuesday, January 17, 2012

Bilamana aku rasa ingin membaca, pada masa yang sama aku ingin menulis

Entah apa agaknya jalan cerita yang aku turutkan ini?
.
.
.
aku cuba terus berlari
aku cuba untuk mendominasi
aku cuba untuk tidak berkata, ''aku adalah aku, kau adalah kau''.
aku cuba mengadaptasikan diri dalam babak-babak cerita yang mana aku rasa aku perlu mainkan peranan untuk melakonkan suatu watak 
setiap babak yang aku mainkan adalah watak yang berbeza
waima ceritanya kadang-kala agak nanar.
bingung
.
.
.
aku perlu peka
bukan sebarang cerita yang aku mainkan
takut yang lain akan perasan ada suatu yang tidak kena dengan jalan cerita
aku cuba tidak putus asa
aku cuba sedaya upaya melengkapkan babak cerita
aku cuba menjilat rasa watak aku sedalamnya
aku cuba menelan terus falsafah dalam cerita itu
aku cuba sedaya boleh mencipta kreativiti dan inovasi sendiri
supaya aku boleh selamatkan diri jika cerita itu gagal


.
.
.
gagal suatu cerita itu bukan bermaksud tak boleh mula dari awal
gagal suatu cerita itu aku anggap ia adalah intipati
untuk aku gunakan sebaiknya untuk cerita yan seterusnya
yang mana akan aku cuba untuk mensyumulkan cerita itu


Arakian, aku tertanya juga mana pengakhiran cerita itu.
selalunya tidak pernah tamat,
bersambung,
dek kerana manusia tidak pernah puas dengan satu adegan
tamak
dendam
busuk hati
dan hasad dengki.




ketam





















Saturday, November 19, 2011

Segan.

aku tanya kenapa tak datang jenguk aku terima ijazah.
jawabnya segan
ringkas
mudah
metafora beralgebra.

aku melopong
bingung

aku harap jawapan kau suatu gurauan
main main saja
kau tampar muka aku
meleretkan senyuman yang meruntun jiwa aku suatu tika dulu
hei ketam, i gurau je lah.
sorry, i tak dapat datang. sorryyyyy tauuu..alololoohhh..
i janji, i belanje u makan steamboat eh, eh ketam ehh..hihik ^^

jauh, jauh sama sekali

jauh sangat aku mengelamun
mengelamun bnde yang tak berlaku
selalu menjadi pengharap
menagih perkataan maaf terpacul dari mulut kau
berkicap saja lebih, terlebih mungkin.

aku tahu,
aku bukan artis yang kau puja
aku bukan akhil hayy
aku bukan jurukamera handal
aku bukan player rugby
aku bukan hero
aku bukan joki motor yang kau kata kacak tempoh hari
aku bukan A.Y

aku bukan siapa siapa
aku hanya manusia yang dilabelkan sebagai ketam.

kalau tiada maaf, sekurangnya aku tahu sebab kenapa kau segan sangat.
tapi hanya satu jawapan kau bagi.
SEGAN.






Thursday, November 17, 2011

Jodoh di tangan tuhan

Hai abang Senior ^^

Kalau aku tahu kau jodoh, sumpah aku kejar kau sampai dapat.
Maka hatiku tak sengsara;
Sampai sekarang aku tak tahu. Aku hanya mampu persoalkannya tiap kali termenung.
Bila aku termenung je, aku ngada-ngada nak ada soalan.
Beraneka jenis soalan menjalar-jalar di fikiran seperti ular-ular yang saling bergesel sesama mereka,
ada masanya terbelit di hati. Pedih.

Kenapa aku nak kusut-kusut pasal kau?
kenapa ?
Entah, aku tak tau.
Aku rase kau pon tak tau. Kalau aku tau maknanya aku memang power.
Tapi hal hal canggini memang aku kayu.
Jangan tanye aku kenape.
Kalau setakat gentel bola dua tiga orang lepas tu rembat, itu aku power lah.

Bila kau ajak aku jumpa, kemain eksaited aku rasa.
Nyaris-nyaris aku nak baling joystick kawan, (tengah galak lawan FIFA 2010 masa tu),
aku kalah terok.
5-2.
Padahal aku guna Barcelona, first time aku kalah guna Barca.
Terok aku kena bahan dengan Badrol. Seronok betol Badrol masa tu.
 *first time menang lawan PES dengan aku*
Hina.
Malu.

Sekarang dah lewat sangat ni,
aku mengada ngada bersengkang mata pulak.
Rindu agaknye, mungkin.
Bila tanya hati, hati tak berkata sepatah.
Diam.
Bisu.
Buat tak tahu je bila ditanya.
Bodoh.

Aku nak tidur.
kalau aku diberi kuasa untuk mimpi apa yang aku nak.
Aku nak mimpi makan steamboat dengan kau.
Please.

Selamat malam Serunding.

Si Lembap.