Sunday, February 12, 2012

Ini Malam Aku Sepi

Ini Malam Aku Sepi


biarkan malam ini terus sunyi
berseorangan dalam ruang infiniti sendiri
jangan cuba menyalak memanggil aku kembali
bersama kolumni yang gemar menuding jari
bukan aku menyombong diri
aku letih untuk seketika ini
bukan kerana aku mengalah atau sudah mati
cuma aku perlukan masa ini
yakni malam ini untuk aku berhenti sebentar menikmati titis-titis hujan sang Murabbi

malam ini aku sepi
sendiri
kosong dalam ruang dimensi
tiada rasa tiada graviti
hanya terapung bersama imaginasi
menyemat kembali memori
yang telah lama menyepi
lari dari realiti fantasi

saat ini aku berdigniti
dalam ruang jirim gelap sendiri
berputar laju bersama orbit mengelilingi galaksi

ruang ini sudah lama ku miliki
sejak aku diizinkan hadir atas muka bumi ini
ruang ini terlalu banyak mengajar erti
mengenal empunya jusuk tubuh ini
walau aku belum lagi mengerti
aku bersumpah akan terus menggali
mencari identiti sendiri.


ketam
11:50 pm

Tuesday, January 17, 2012

Bilamana aku rasa ingin membaca, pada masa yang sama aku ingin menulis

Entah apa agaknya jalan cerita yang aku turutkan ini?
.
.
.
aku cuba terus berlari
aku cuba untuk mendominasi
aku cuba untuk tidak berkata, ''aku adalah aku, kau adalah kau''.
aku cuba mengadaptasikan diri dalam babak-babak cerita yang mana aku rasa aku perlu mainkan peranan untuk melakonkan suatu watak 
setiap babak yang aku mainkan adalah watak yang berbeza
waima ceritanya kadang-kala agak nanar.
bingung
.
.
.
aku perlu peka
bukan sebarang cerita yang aku mainkan
takut yang lain akan perasan ada suatu yang tidak kena dengan jalan cerita
aku cuba tidak putus asa
aku cuba sedaya upaya melengkapkan babak cerita
aku cuba menjilat rasa watak aku sedalamnya
aku cuba menelan terus falsafah dalam cerita itu
aku cuba sedaya boleh mencipta kreativiti dan inovasi sendiri
supaya aku boleh selamatkan diri jika cerita itu gagal


.
.
.
gagal suatu cerita itu bukan bermaksud tak boleh mula dari awal
gagal suatu cerita itu aku anggap ia adalah intipati
untuk aku gunakan sebaiknya untuk cerita yan seterusnya
yang mana akan aku cuba untuk mensyumulkan cerita itu


Arakian, aku tertanya juga mana pengakhiran cerita itu.
selalunya tidak pernah tamat,
bersambung,
dek kerana manusia tidak pernah puas dengan satu adegan
tamak
dendam
busuk hati
dan hasad dengki.




ketam