Wednesday, January 11, 2012

Cebisan idea tatkala menunggu kewujudan kertas bersaiz A4


Bagi aku cantik itu terlalu subjektif; sesuatu norma yang abstrak. Sebenarnya kau tak boleh kata dia itu cantik, dia cantik bila kau tak boleh nak cerita yang dia tu memang betul-betul cantik. Kau faham?

Betul, mengimpikan sesuatu yang payah nak ada tu memang azab. Tapi memang itu sifat manusia. Aku rasa semua macam tu. Tak kira kau lelaki atau perempuan. Tapi aku percaya tuhan tanam sifat macam itu untuk keseimbangan perjalanan manusia atas Dia punya galaksi. Serupalah masa kau belajar subjek akhlak di sekolah, sifat mahmudah dan sifat mazmumah.

Semua benda yang wujud dalam dunia memang tuhan berahsia. Dia hanya bagi ‘hint’ dengan al-Quran untuk manusia.; panduan.

Cinta ni bagi aku serupa hari kiamat. Memang rahsia. Tuhan tak bagitahu bila jadi. Dengar dengar berlaku pada 2012. Tapi kita siapa nak predict? Bahaya sebab boleh timbul unsur syirik. Aku nak tekankan cinta itu tiada pendefinisian yang tepat. Aku percaya memang takda. 

*dari aku kecik sampai beso aku cakap cinta tu “love’’ bentuk hati warna merah* 

kahkah.


ketam: "rukun wudhuk ada enam perkara"



No comments:

Post a Comment